Filem Adnan Sempit PENIPU !

February 10th, 2010 by administrator Leave a reply »

 Rempit V3

Filem Adnan Sempit PENIPU !

Dukacita dimaklumkan bahawa jalan cerita Filem Adnan Sempit sebenarnya dicuri/diciplak dari filem Rempit V3. Bangang punya pengarah filem adnan sempit tu ek! Cam sial je. Sedap2 je ciplak filem orang lain. WTF! Berikut adalah luahan Farid Kamil yg mengaku bahawa karyanya diciplak…

Salam semua para sahabat… dukacita, apabila harta intelek saya diciplak…

Rempit V3 menjalankan shooting pada bulan Disember 2008, atas sebab2 tertentu Rempit V3 diharamkan tayangannya. Pelbagai usaha digerak akhirnya lulus dan akan ditayangkan pada 11 March 2010 ini dengan menggunakan tajuk “V3 Samseng Jalanan”.

Adnan Sempit menjalankan shooting pada bulan Julai 2009.. Saya ada menonton Adnan Sempit, apa yang saya boleh cakap adalah hanya pada MULA dan AKHIR cerita itu adalah Adnan Sempit… Di TENGAH2 cerita itu ianya adalah V3 Samseng Jalanan yang telah diolah…

Kenyataan ini bertujuan mengelakkan kekeliruan penonton yang telah menonton Adnan Sempit dari menilai persamaan yang ada apabila V3 Samseng Jalanan ditayangkan kelak.

Kerja pihak – pihak tertentu yang licik mencipta peluang atas idea orang lain yang
disekat, saya ucapkan ‘Good Luck’…

dipetik dari : blog Farid Kamil

Related Posts with Thumbnails
Advertisement


Leave a Reply

Improve the web with Nofollow Reciprocity.