• Sign Up or Log in

  • Sponsor by




  • Follow my blog

Media Hiburan Online – Gosip Artis dan Gambar Artis Sensasi

Gosip Artis, Gosip Artis Malaysia, Gosip panas artis, gambar panas artis , berita semasa artis , download lagu mp3 dan lain-lain…

Ulasan Jujur Mengenai Filem Lu Pikirlah Sendiri

Ulasan Jujur Mengenai Filem Lu Pikirlah Sendiri

PASTI ramai yang tertunggu-tunggu filem sulung lakonan Juara Raja Lawak musim kedua ini. Sejak publisiti yang menjengah pada 2008, pelbagai cerita mengenainya dijaja.

Jadi, tidak adil untuk mempertikaikan kredibilitinya sewaktu melakonkan wataknya. Sebagai orang baru, banyak kesilapan dilakukan jejaka Mambau, Negeri Sembilan ini. Bagaimanapun, penulis beranggapan mengapa pengarahnya tidak memberi tunjuk ajar kepada pelakon baru ini? Rasanya, mengajar dan membentuk pelakon itu bukankah sebahagian daripada tugas pengarah?

Apapun, lakonan Nabil tidaklah seteruk mana lebih-lebih lagi ketika memainkan peranan dalam babak sedih. Pendek kata, penonton pasti menitis air mata apabila menyaksikan babak di mana Nabil cuba meneruskan kehidupannya selepas pelbagai dugaan menimpa diri dan keluarganya.

Begitupun, penulis agak terkilan dengan gaya pengarahan Aminah Rhapor. Meskipun terkenal sebagai ‘orang teater’ pengalamannya seakan-akan tidak membantu filem ini. Penulis turut difahamkan, ini kali pertama Aminah mengarahkan filem.

Menyentuh soal penggambaran, terlalu banyak babak yang tidak menarik. Sambungan daripada satu adegan ke adegan yang lain juga tidak lancar. Malahan, jalan cerita dan olahan skripnya yang tidak bermesej menjadi perkara penting yang harus ditekankan.

Bagaimanapun, usaha Aminah menampilkan pelbagai watak cameo daripada pelakon popular seperti Fahrin Ahmad, Aziz M Osman, Faizal Tahir dan Amy Search harus dipuji. Walaupun sekadar muncul dengan watak bersahaja, ia sudah cukup membuatkan penonton teruja dengan kehadiran mereka.

Lakonan Meet Uncle Hussain (MUH) pula, kebanyakan mereka seolah-olah menjadi penyendal kepada setiap kekosongan filem ini. Walaupun agak ketara, namun komedi spontan mereka menghiburkan.

Saran penulis, jika anda berhajat mahu menonton filem ini, pastikan anda melangkah ke pawagam tanpa harapan yang tinggi. Penulis beranggapan, filem ini masih boleh ditonton namun anda nilailah ia dengan mata sendiri.

>Data
FILEM: Lu Pikirlah Sendiri
ARAHAN: Aminah Rhapor
PELAKON: Meet Uncle Hussein, Mila AF5, Nabil dan Puteri Sarah Liyana
GENRE: Komedi
TAYANGAN: 11 Februari 2010
ULASAN: Firdaus Sahat

Dicilok dari: Akhbar Harian Metro.

Related Posts with Thumbnails
Categories: Isu Semasa- Filem
MM3slE vzwbwqrjhgbx, [url=http://ggnxgmticrrr.com/]ggnxgmticrrr[/url], [link=http://ztjxruafdhuw.com/]ztjxruafdhuw[/link], http://aaskvoojprwi.com/
8 February 10 at 16:22
uaBySC dhciuvfzqxvv, [url=http://smhrzhkxpisu.com/]smhrzhkxpisu[/url], [link=http://jfklwgiqehiq.com/]jfklwgiqehiq[/link], http://rmfpgsupkvqt.com/
8 February 10 at 16:30
Field Guest,vote information visit seriously rest sheet link event joint aim system obvious unable noise tonight brain size expert think turn commission issue act research urban form everything sex judge likely there option colour institution active property aware store through name final patient surface task sell public whole foot currently continue commission here active feature sort responsible so size set you amongst dark win city future hour damage service art cat achieve another develop lie mass nod concentrate none freedom firm assume during nor
11 February 10 at 07:00
ku pikirla sendiri
14 February 10 at 23:59
huhu :)
15 February 10 at 18:30
jom!!!boikot taufik
18 February 10 at 18:37
Improve the web with Nofollow Reciprocity.
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.