Penerangan

Achi (Advanced Host Controller Interface) lebih maju dari Native IDE atau Lagacy. Jika Hard disk drive (HDD) anda mempunyai ciri-ciri canggih seperti NCQ, anda perlu memilih Achi. AHCI seharusnya lebih baik (walaupun tidak akan ada perubahan nyata dalam prestasi sistem)

Jika anda memilih Native IDE, HDD anda hanya akan meniru IDE melalui kabel Sata.

Juga, sekali anda memilih tetapan, jika anda ingin mengubah itu lagi, anda perlu memasang semula OS.

Step:

1. Buka menu BIOS dengan tekan F1 atau F2 atau DEL atau ESC atau F10 bergantung pada model laptop korang. Untuk laptop Asus, korang tekan F2. :D

2. Sila rujuk gambar di atas.

3. Lihat pada Advanced > OnChip SATA Type.  Lihat di sebelah kanannya.  Untuk buka tekan enter.

4. AMARAN.  Jangan tukar sewenang-wenangnya sebarang setting di BIOS.  Serahkan tugas pada yang pakar jika mahu tukar dari Native IDE ke AHCI.  Untuk tukar, korang kenalah format dulu laptop tu. Harap maklum. :D

5. Apa beza AHCI dengan Native IDE? Sila rujuk http://goo.gl/zch3

6. Selesai. Kini persoalan sudah terjawab dan tertera di situ, laptop saya hanya guna Native IDE mode.  :D

P/S: Akan tetapi jika korang ni expert dan otai komputer sebenarnya korang boleh sahaja tukar Native IDE mode ke AHCI tanpa format komputer korang tu. Nak tahu? sila rujuk http://goo.gl/HESn3 dan http://goo.gl/XQQ8A :D

Leave a Reply