Seperti sedia maklum, kejadian gempa bumi di Jepun telah menyebabkan laman web yang dihoskan di Amerika seperti facebook.com agak lembap diakses. Akan tetapi dengan tutorial ini, sedikit sebanyak dapat mempercepatkan lagi pelayaran laman web facebook.

  1. Pastikan anda pakai Windows Operating System
  2. Anda pergi ke direktori C:\Windows\System32\drivers\etc\
  3. Buka fail HOSTS menggunakan perisian aplikasi Notepad.
  4. Tambah perkara berikut pada penghujung fail tersebut : 203.106.85.66 www.facebook.com
  5. Klik Save dan anda boleh layari laman Facebook dengan kelajuan yang lebih pantas berbanding sebelum ini. 😀

Contoh:-

Screenshot

Screenshot

Taufik Mansor: Tidak boleh save? Untuk pengguna Windows 7, anda pergi Start –> Control Panel –> User Accounts -> Click Change User Account Control Settings -> Set to Never Notify. Siap. 😀

Tagged with:
 

Leave a Reply