Dewasa kini, semakin ramai rakyat Malaysia yang mampu membeli dan memiliki telefon pintar atau tablet yang menggunakan sistem operasi Android. Mungkin sesetengah anda di luar sana yang masih tidak tahu dan tertanya-tanya apakah itu Android?

Untuk makluman, Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.

Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.

Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.

Terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, contohnya Samsung Galaxy S4, Samsung Galaxy S3, Samsung Galaxy Note 2, Sony Xperia V, Sony Xperia Z, Samsung Galaxy Y, Sony Ericsson Xperia Play, Samsung Galaxy S2, Sony Ericsson Xperia X8, HTC Desire S, dan sebagainya.

Untuk melihat harga (RM) telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, sila rujuk sini.

Gambar di bawah ialah infografik sejarah Android. (Sila klik pada gambar untuk saiz sebenar)

The-Andriod-Story

Taufik Mansor: Mungkin ramai di luar sana yang tidak mampu untuk memiliki telefon pintar Android yang harganya mencecah ribuan ringgit bukan? Jangan bersedih. Anda juga boleh pasang atau jalankan sistem operasi Android di komputer atau netbook anda. Selamat mencuba. :D

Update: Kini anda boleh memiliki telefon pintar Android hanya serendah RM499 iaitu dengan Samsung Galaxy Y. :D

Leave a Reply