Umat islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadan pada hari esok. Seperti yang sedia maklum, dalam bulan Ramadan, umat islam dianjurkan memperbanyakkan ibadah seperti membaca Al Quran, berzikir, solat sunat dan sebagainya. Jadi, jangan melepaskan peluang ini untuk membuat amal kebaikan selagi masih bernyawa.

Pada kesempatan ini, pembaca sekalian boleh memuat turun Al Quran Digital untuk dijadikan bahan bacaan dan pedoman sempena bulan Ramadan ini. Besar pahalanya membaca Al Quran berbanding dengan membaca bahan bacaan lain. Mudah-mudahan bulan Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Pada kesempatan ini juga, pembaca boleh memuat turun Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M.

Akhir kata, pihak admin ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dengan penuh keikhlasan dan kesabaran kepada semua pembaca sekalian. Moga kita semua diredai oleh Allah S.W.T

Update:

Android Apps:-

Leave a Reply