≡ Menu

Cara menyekat pencuri Wifi anda dengan mudah

Langkah-langkah:

– Dalam tutorial ini, saya menggunakan modem wireless innacomm w3400v yang dibekalkan oleh pihak Telekom Malaysia semasa saya melanggan perkhidmatan streamyx.

– Jika anda guna modem wireless yang lain pun tetap sama langkah-langkahnya.

– Sila baca artikel Cara mengesan pencuri Wifi anda dengan mudah terlebih dahulu.

– Selepas selesai membaca artikel tersebut, sila muat turun perisian Wireless Network Watcher. Perisian ini akan saya gunakan untuk menyekat pencuri Wifi.

– Kemudian, sila tonton video di bawah (sila klik “Play in HD” jika kurang jelas).

– Jika dapati ada komputer/laptop yang tidak dikenali mengakses Wifi anda, anda boleh sekat MAC address mereka (seperti dalam video di atas).

– Akan tetapi jangan menyekat MAC address komputer anda sendiri pula.

– Selain itu, anda juga perlu menukar password Wifi anda untuk langkah keselamatan.

– Di samping itu, anda juga boleh menggunakan perisian percuma seperti Netcut untuk menyekat pencuri Wifi itu.

– Satu lagi jangan lupa menukar password akaun streamyx anda sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengelakkan orang lain menggunakan streamyx anda tanpa izin.

– Selesai. Selamat mencuba.

{ 0 comments… add one }