Anda telah menggunakan Windows 7 anda sejak sekian lama? Tetapi anda merasakan prestasinya semakin perlahan, selalu hang, dan pelbagai lagi masalah yang diluar jangkaan anda?  Mungkin dengan menggunakan perkhidmatan Windows Update yang ditawarkan pihak Microsoft dapat menyelesaikan masalah anda itu.

Saya sendiri selalu mengemaskini Windows 7 saya menggunakan perkhidmatan Windows Update.  Walaupun tugasan mengemaskini Windows merupakan tugasan yang rumit dan melecehkan bagi sesetengah pihak, namun perkhidmatan Windows Update ini sebenarnya berguna dan berfaedah bagi memastikan sistem operasi Windows 7 anda selamat digunakan dan prestasinya semakin pantas dari yang sebelumnya.

Baiklah, video tutorial di bawah akan menunjukkan cara-cara mengemaskini Windows 7 anda menggunakan perkhidmatan Windows Update:

Apa yang anda perlukan:

  • Rangkaian Internet jalur lebar
  • perisian Windows 7 yang tulen

Taufik Mansor: Setelah selesai proses memuat turun security patch atau hotfix melalui Windows Update, sila restart komputer anda dan ikuti arahan yang diberikan.

Pastikan tiada gangguan bekalan elektrik semasa proses mengemaskini berjalan. Jika menggunakan laptop, sila pasang bateri bersama bagi langkah-langkah keselamatan.

Leave a Reply