Jika anda dapati komputer Windows anda semakin lembap dan kurang responsif maka anda perlulah mengetahui masalah pada komputer Windows anda itu.

Dengan ini, anda boleh mengambil langkah-langkah pemulihan yang boleh meningkatkan tahap responsif dan prestasi komputer anda.

Untuk pengguna yang pro mereka mempunyai banyak cara untuk fix masalah pada komputer Windows mereka.  Akan tetapi bagaimana pula dengan pengguna amatur?

Oleh itu, untuk pengguna dan technician komputer amatur digalakkan menggunakan perisian Webroot System Analyzer.  Muat turun perisian itu dan ikuti langkah-langkah berikut:-

Klik “Begin Analysis” untuk memulakan imbasan. Anda memerlukan talian internet untuk lakukan langkah ini.

Anda perlu tunggu. Proses ini mengambil masa beberapa minit bergantung pada prestasi komputer.

Result telah keluar. Anda boleh baca dan ambil tindakan susulan. Boleh klik “View Full Report” untuk laporan penuh.

Taufik Mansor:  Anda perlu mengisi borang pendaftaran ringkas di laman vendor untuk memuat turun perisian ini.  Selamat mencuba.

Leave a Reply