Untuk mereka yang susah bangun tidur pasti sudah pun mengunci alarm telefon pintar mereka.  Namun begitu,  ianya tidak berkesan kerana mereka masih boleh mematikan alarm tersebut dan sambung tidur semula.

Hasilnya, mereka yang bekerja makan gaji akan lewat ke tempat kerja kerana lewat bangun tidur.

Jadi, pada artikel kali ini, admin ingin berkongsi kepada anda aplikasi alarm yang berkesan untuk mereka yang susah bangun tidur.

Tanpa membuang masa lagi, sila muat turun aplikasi Alarm Clock Xtreme melalui Play Store anda.

Selepas selesai muat turun, sila configure setting aplikasi ini mengikut tahap susahnya anda bangun tidur.

Saya cadangkan anda pilih ‘Solving Math Problems’ di ruangan setting ‘Snooze alarms by’. Kalau nak matikan alarm, kenalah jawab soalan matematik itu dengan betul. 😀

Bila otak anda mula berfikir untuk jawab soalan matematik maka anda automatik akan jadi segar dan tak jadi nak sambung tidur. Cubalah sendiri. 😀

Tutorial:

Kini anda tidak lewat bangun lagi untuk ke tempat kerja atau ke kolej. 😀

Selamat mencuba. 🙂

Sekian. Salam 1Malaysia.

Dikemaskini pada: 16/01/2016.

Leave a Reply