≡ Menu

(Tips) cara hack kuota internet yang sudah habis

Kuota internet data plan handphone korang sudah habis? Mesti kelajuan jadi perlahan bukan? Kadang-kadang mendatangkan kemarahan yang sangat nyata bukan?

Artikel saya kali ini akan menunjukkan cara hack kuota internet yang sudah habis. Kebanyakan cara hack internet yang korang baca di internet adalah bersifat sementara sahaja. Selepas syarikat telco dapat tahu, cara hack internet tersebut sudah tidak berfungsi lagi. Tentu marah bukan?

Saya di sini bukanlah mengajar cara hack pun. Sebab saya rasa sia-sia sahaja. Apabila sudah diketahui Telco, mereka akan patch kelemahan sistem mereka yang mana membuatkan cara hack yang didapati di internet sudah tidak boleh pakai lagi. Maklumlah syarikat Telco seperti Celcom, Maxis dan Digi di Malaysia ini cekik darah dan kapitalis. Rasa terbangsat bukan? Baiklah tanpa membuang masa lagi.

1. Langkah pertama yang korang perlu buat adalah dengan membeli simpack magic sim dari Celcom. Celcom magic sim menawarkan program Internet Burung Hantu iaitu internet berkelajuan tinggi dan tanpa had kuota dari pukul 1pagi sehingga 7 pagi setiap hari.

Tawaran ini mungkin tidak sesuai kepada pekerja office hour. Akan tetapi agak sesuai untuk pekerja syif malam. Hehe.

Pada pandangan aku, liputan Celcom amat baik berbanding Maxis dan Digi. Sejak aku pakai Celcom Magic Sim ini, aku amat berpuas hati dengan liputan 3G dan LTE mereka. Terbaik!

Baiklah, korang aktifkan pek magic sim dari Celcom ini dengan menambah nilai RM30 dan langgan pakej internet 1GB yang bernilai RM25 sebulan. Dengan ini, korang akan menikmati program Internet Burung Hantu iaitu internet berkelajuan tinggi dan tanpa had kuota dari pukul 1pagi sehingga 7 pagi setiap hari.

2. Langkah kedua, sebelum kuota dah nak habis, korang boleh install aplikasi Opera mini. Saya sendiri menggunakan magic sim dari celcom ini dan mendapati tetap boleh melayari internet melalui aplikasi Opera mini walaupun kuota internet saya sudah lama tamat atau habis. Jimat kos bukan? Berbanding langgan postpaid yang mahal dan entah apa-apa dan ‘mampu tengok’ oleh golongan yang incomenya bawah RM2K sebulan.

3. Langkah ketiga, korang install aplikasi Facebook Lite. Ianya lebih ringan, laju dan jimat kuota korang. Ciri-ciri pada Facebook Lite ini sangat basic. Akan tetapi sudah memadai bukan? Yelah income bawah RM2k sebulan. Nak langgan kuota besar pun tak mampu bukan? Belanjalah ikut kemampuan. Kerajaan Barisan Nasional gagal menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi yang mampu milik. Sekadar mampu tengok maybe. Kesian kepada mereka yang income bulanan bawah RM2K sebulan yang terbeban. 😀

4. Kebanyakan Telco seperti Celcom, Maxis dan Digi masih membenarkan penggunaan tanpa had kepada aplikasi seperti Whatsapp, WeChat dan Facebook. Walaupun kuota dah habis korang tetap boleh menggunakan aplikasi berikut. Kalau ada masalah pun maybe kelajuannya tidaklah selaju dahulu. Telco mungkin mengawal kelajuan internet. Akan tetapi tetap boleh menggunakannya bukan?

5. Di samping itu, saya sebagai pengguna Celcom Magic Sim masih boleh menggunakan aplikasi perbankan seperti Maybank2u dan CIMB Clicks walaupun saya kehabisan kuota. Ini bermakna korang masih boleh menjalankan sebarang transaksi pemindahan wang, periksa baki akaun dan sebagainya hanya melalui telefon pintar.

Biasalah, syarikat Telco di Malaysia ini seolah-olah mengamalkan konsep cekik darah, monopoli dan kapitalisme kepada pengguna internet di Malaysia. Sudahlah bil internet mahal giler berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Singapura. Di mana silapnya?

Syarikat Telco seperti Celcom, Maxis dan Digi seolah-olah ‘mengkapak’ wang penggunanya dengan mengenakan caj bil yang mahal dan menjual kuota. Unsur kapitalis dan cekik wang rakyat telah lama diamalkan mereka ini.

Baiklah sekian sahaja artikel picisan dari saya. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu korang. Bagi aku cara atau tips hack kuota internet yang bersepah kat internet ini hanya bersifat sementara dan membuang masa sahaja. Bukan berkesan pun. Kalau berkesan pun sekejap sahaja apabila syarikat Telco cekik darah ini dapat tahu dan patch kelemahan sistem mereka. Sekian. 😀

Lihat Juga

{ 0 comments… add one }