≡ Menu

Cara buat e-Book atau PDF dari artikel Wikipedia

Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Harini saya akan berkongsi kepada korang semua akan cara buat e-Book atau PDF dari artikel Wikipedia.

Seperti sedia maklum laman web Wikipedia amat popular di Malaysia terutama dalam kalangan pelajar. Saya dahulu pun ‘cedok’ maklumat daripada Wikipedia untuk buat tugasan atau assignment. Apa gunanya teknologi. Hehehe.

Menurut Alexa ranking, laman web Wikipedia adalah yang ke-9 paling popular di Malaysia. Ini menunjukkan begitu pentingnya Wikipedia kepada rakyat marhaen di Malaysia. 🙂

Tanpa membuang masa lagi, langkah pertama yang korang perlu buat ialah buka laman web Wikipedia seperti di bawah:-

Selepas itu, lihat sebelah kiri laman web ada ruangan Print/export. Sila klik Download as PDF.

Kemudian, akan keluar paparan berikut. Hanya perlu tunggu sampai 100 percent.

Kemudian, sila klik Download the file.

Kemudian akan keluar page berikut. Sila ikut arahan pada gambar di bawah:-

Sila klik OK untuk simpan ke komputer anda.

Selesai sudah. Saya menggunakan pelayar Mozilla Firefox untuk tutorial ini.

Kini, korang sudah berjaya buat e-Book 1MDB. Hahahaha. 😀

Taufik Mansor: Jika ada apa-apa masalah jangan malu-malu untuk cari saya. Saya tak makan orang ok. 🙂

{ 0 comments… add one }