Salam sejahtera semua. Sihat belaka? Dompet korang sihat? Atau terbeban dengan kenaikan harga barang, GST dan sebagainya? Sabarlah. Negara kita banyak berhutang dengan pihak luar iaitu Rothschild Family dan Bank Dunia. Rakyatlah yang kena bayar cukai dan sebagainya untuk melunaskan hutang negara Malaysia ini yang semakin menimbun dari tahun ke tahun.

Baiklah, kembali kepada topik asal iaitu iOS vs Android vs Windows 10 Mobile – Siapa Menang?

Untuk makluman semua, sistem operasi telefon pintar yang paling popular di dunia adalah Android. Tempat kedua jatuh kepada iOS dan seterusnya Windows 10 Mobile. Dari segi populariti memang sistem operasi telefon pintar Android tiada tandingan. Mungkin sebab telefon pintar Android lebih murah, mampu milik dan mesra pengguna.

Bagi saya, telefon pintar iOS seperti iPhone bukanlah mampu milik bagi sesetengah orang. iPhone hanyalah telefon pintar ‘mampu tengok’ sahaja bagi golongan bawahan dan pertengahan. Lemahnya nilai matawang Ringgit dan krisis ekonomi seperti inflasi menyebabkan nilai sesuatu barang import menjadi semakin mahal.

Baiklah, bagaimana pula dengan kelajuan? Antara iOS, Android dan Windows 10 mobile yang mana lebih pantas?

Sila tonton video di bawah. Video ini merungkai sistem operasi mana yang lebih efisien dan pantas. Video ini menggunakan iPhone 6S Plus, Google Nexus 6P dan Microsoft Lumia 950XL sebagai bahan ujikaji.

Korang terkejut dengan keputusan ujian di atas? Saya pun sama. hehe.  😀

Apapun, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2016 kepada korang semua. Happy New Year 2016!!!

Tagged with:
 

Leave a Reply