≡ Menu

Cara ketahui sama ada mesej kita dibaca atau belum di Group Whatsapp

Whatsapp adalah aplikasi sembang paling popular di dunia. Sebenarnya banyak lagi aplikasi sembang seperti Telegram dan sebagainya. Namun tidak berjaya memikat hati dan sanubari pengguna. Whatsapp masih no satu di hati pengguna termasuk saya. Hehe 😀

Namun, ada banyak kekurangan Whatsapp yang saya perhatikan. Contohnya, kita tidak boleh menyorokkan status ‘Online’. Ini amat menyusahkan. Tiada privasi langsung. Kalau mahu sorok status ‘Online’, kena close all recent apps. Barulah hilang status ‘Online’.

Bukan itu sahaja, malah fungsi ‘Last seen’ turut membogelkan privasi kita dan mencetuskan perbalahan antara rakan-rakan dan teman istimewa. Hehe. Namun kini, kita boleh sorok ‘Last seen’ dengan bangganya. Akan tetapi kita tidak boleh lihat ‘Last seen’ pengguna lain pula. Hehe.

Baiklah, kembali kepada topik asal kita iaitu Cara ketahui sama ada mesej kita dibaca atau belum di Group Whatsapp.

Mula-mula sekali, bukalah aplikasi Whatsapp korang tu.

Pergi ke Group Whatsapp korang tu.

Post lah apa-apa mesej kat Group korang tu. Tunggu respon dari rakan Group korang tu.

Selepas itu akan ada dua tick kat mesej korang.

Tekan lama-lama kat mesej korang tu dan klik icon tanda seruan seperti di bawah;

Dan akhirnya rahsia terbongkar. Hehe. Whatsapp akan menunjukkan siapa yang baca mesej korang itu.

Tiada respon? Biasalah tu, ahli-ahli dalam Group Whatsapp ramai nak mampus. Tapi ramai yang ‘membisu’. Hehe.

Macam-macam Group Whatsapp dicipta seperti group kawan sekolah, group jual barang dropship, group anti-bos, group rakan sekerja, group kawan baik, group vape, group mat moto, group memancing, group Clash of Clans, group mengumpat dan sebagainya. Lantak korang la labu. Hehe.

Bagi saya fungsi atau feature dalam Whatsapp banyak kekurangan dan kebanyakan fungsi seperti status ‘Online’ dan ‘Last seen’ yang agak annoying dan menyemak. WeChat lagi selamat dan lebih privasi.

Malah dengan WeChat kita boleh berniaga dropship dengan jayanya. Sebab kita dapat pelanggan melalui ‘People Nearby’ sahaja. Cukup mudah untuk COD kan? Saya sendiri menjual barang melalui WeChat. Lagi satu, Kementerian KERAjaan nak rakyat mendaftar perniagaan online di SSM. Peduli apa saya. Ada saya kesah? Nak kapak duit rakyat, nombor satu Kerajaan Barisan Nasional ni kan. Hehe. 😀

Lagipula, Whatsapp buat apa je? Dah la kurang privasi. Antara aplikasi Telegram dan Whatsapp, saya memilih Telegram kerana fungsi atau feature yang lebih baik. Namun aplikasi Whatsapp tetap popular. Saya pun tak pasti kenapa. Hehe.

Jika ada sebarang bentuk pertanyaan, sila contact saya.

Sekian. 🙂

 

{ 0 comments… add one }