≡ Menu

Cara Buat Video YouTube Dimainkan Secara Berulang-ulang Kali

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca sekalian. Semua sihat-sihat belaka bukan? Krisis ekonomi makin teruk membadai negara Malaysia kita ini.

Saya menyarankan agar kita kurangkan berbelanja dan tambahkan pendapatan seperti berniaga sambilan dan sebagainya.

Hapuskan secara perlahan-lahan segala hutang jahat seperti personal loan dan loan kereta.

Baiklah kalian, pada artikel kali ini, saya akan berkongsi pada pembaca sekalian tentang cara buat video YouTube dimainkan secara berulang-ulang kali.

Korang pasti amat meminati sesuatu lagu atau video di YouTube bukan? Misalnya seperti lagu Potret nyanyian Akim & The Majistret yang menjadi Juara Lagu di acara AJL30.

Jadi kalau nak video atau lagu itu dimainkan secara berulang-ulang kali tanpa klik butang ‘Replay’ sila ikuti tutorial di bawah;

Langkah pertama, korang buka laman web YouTube dan mainkan video itu;

Selepas itu, sila klik kanan pada video itu dan klik ‘Loop’;

Selesai. Mudah bukan?

Hehe. Selamat mencuba. 🙂

Jika ada sebarang pertanyaan sila cari saya. Jangan malu-malu tau. 🙂

{ 0 comments… add one }