≡ Menu

Nokia 6 kini dilancarkan di Pasaran

Nokia 6 kini dilancarkan untuk pasaran global hari ini. Nokia 6 ini dikuasakan oleh Android.

Untuk sesiapa yang merindui Nokia, boleh membeli model Nokia 6 ini melalui Lazada Malaysia.

Menurut Lazada Malaysia, Nokia 6 dijual pada harga RM1599.

Jadi kepada yang sudah ada bajet kewangan yang cukup, boleh mencuba model Nokia 6 ini.

Harganya masih mampu milik menurut pandangan saya.

Menurut Lazada Malaysia, Nokia 6 ini dijual dan ditawarkan model yang berwarna hitam dan mempunyai memori dalaman sebanyak 64gb.

Baiklah tanpa membuang masa, berikut adalah spesifikasi model Nokia 6 ini;

Saiz Skrin: 5.5 inci.
RAM: 4gb.
Memori Dalaman: 64gb.
Cpu: Snapdragon 430, 1.4 GHz Cortex-A53 lapan teras.
Kamera utama: 16 megapixel.
Kamera hadapan: 8 megapixel.
Sistem Operasi: Android 7.0 (Nougat).
Fungsi tambahan: Pengimbas Cap Jari.
Skor Antutu: 43.889.

Baiklah, Nokia 6 ini dari segi performance adalah sedang-sedang sahaja.

Ia tidak setanding dengan model flagship yang lain seperti Huawei P10, iPhone 5s, iPhone 7 dan iPhone 6.

Apapun, sesuailah dengan bajet. Harga pun bawah RM2000.

Berminat? Boleh tempah di Lazada sekarang! Dengan hanya berharga RM1599.

Sekian sahaja dari saya. Salam hormat.

Yang menulis; Mohd Taufik.

{ 0 comments… add one }